Pages

Sunday 14 January 2018

Nothing Without You

Assalamualaikum.
First and foremost, I have not written dekat blog ni for a long time sebab 
jadual yang padat dekat sekolah and as a hostel student memang tak boleh luang
masa pon nak bukak blog.

Actually , I just want to share about my precious moment sepanjang belajar dekat
Slim River Islamic Secondary School , walaupun aku tahu takde sape pon nak baca 
aku punye blog ni , aku tak kesah pon :) 
(Blog ni memang untuk diri sendiri baca balik )

Bermula daripada Form 1 , seriously aku tak mau masuk sekolah tu sebab,
banyaklah sebab dia , tak boleh nak cite kat sini.hehhe
Hari first daftar sekolah tu aku jumpa macam2 jenis orang .
And waktu tu semua form 1 muke sakai termasuklah aku.

1 SINA (2013)



Form 2 - Waktu ni aku masih kekal dalam kelas yang sama 2 SINA.
Time aku form 2 nilah aku dah kenal semua ahli classmate aku and 
dah boleh kenal depa punya perangai. 2014 was the year that aku dilantik
menjadi ahli sidang redaksi majalah. Memang aku minat sangat dalam bidang
edit ni.

(2014)


Form 3 - Time ni member kelas dah tak sama , so terpaksalah menyesuaikan
diri dengan ahli kelas yang baru .Tahun tu adalah tahun dimana aku perlu menduduki PT3
tapi still aku belajar main2. Banyak memori pahit sebenarnya tahun tu sebab aku kene fitnah
tentang benda yang aku tak buat pon. It hurts me so much but perkara ni mematangkan aku lagi
to be careful dengan orang sekeliling, jangan mudah meletakkan kepercayaan yang tinggi dekat seseorang and tak terlalu open dengan orang walaupun orang tu rapat dengan kau. Tahun ni jugak
aku kene ejek dengan sorang mamat ni , aku tak kenal sangat pon dia ,tak tau kenape aku kene ejek,
and ade beberapa makhluk ni cakap aku yang terhegeh,perasan lah ,nak nampak cantik depan dialah ape lah,blablaba . Seriously,that was too much!
Aku bukan ape nak cakaplah aku ni takde masa nak crush on sape2 
(kepada makhluk yang fitnah belakang aku) . Aku minat artis je banyak ,setiap tahun tukar .
Aku nak ucapkan thanks sangat2 kepada AMNI , HD, QEHAH sebab hangpa yang ada 
dengan aku time aku kene fitnah tu.

With HD (2015)


Form 4 - Time ni ramai yang pindah , and banyak jugak yang dah buat masalah pastu
kene tendang keluar. Aku dimasukkan ke kelas 4 JABIR iaitu kelas sains.
Aku sebenarnye keliru jugak rase nak tukar bidang lain sebab sains aku ni ala kadar je.
Akhirnya ,aku memilih untuk masuk kelas 4 Taimiyah ,kelas Engineering Drawing.
Best gaklah kelas ni tapi mule2 tu selalu bergaduh dengan budak laki pasai depa nak duduk
bawah kipas, Aku tak kesah pon tapi depa bergaduh sampai tendang kerusi, ade jugaklah
budak perempuan yang nangis sebab kejadian tu. Tahun ni jugak aku dilantik jadi editor majalah.
Taknak citelah pasal majalah ni .hahhahaha

(2016)



Form 5- Akhirnya aku dah sampai penghujungnya , tahun yang sibuk sepanjang masa,
jadual padat, kami dan guru-guru berkorban masa demi mendapat keputusan SPM yang cemerlang.
Aku tak nafikan memang rase sedih nak tinggalkan kawan2 sebab 5 tahun bersama,
susah sama2, angkat baldi dari bawah sebab asrama takde air, kene marah sama2,
tengok movie ,drama , kat bilik tv sama2 , paling best ade geng kpop ,geng indon ,geng melayu asli pon ade . Memang serious la miss them so bad .
Lastly , I would like to thank those who created the memories with me, sharing time together ,
I will never forget it . THANK YOU SO MUCH !

(2017)


Laman I-Think

Sempena Hari Raya (Sina members)

With Shiela sebelum pi kelas LK

Trip to Cameron H

With Amni and Qitip

Gi laman I-think


With Balting and Ayunie


Kenangan last dengan bende kat belakang tu



(Lepas je tangkap gambar ni , kami nak balik asrama terserempak dengan hantu)
huhuhu

No comments:

Post a Comment