Pages

Monday 24 March 2014

Sahabat Dunia Akhirat

  iluvislam, ukhwah, sahabat

Memiliki sahabat sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku. Sama ada kita akan terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya, dia akan terpengaruh dengan kita.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan  tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” (Riwayat Abu Daud)

 Sifat Sahabat yang Mulia

1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik.

2. Menutup keburukan dan kekurangan sahabat, baik semasa sahabat ada ataupun tiada.
3. Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya
4. Menyebut kebaikan.
 5. Mudah mengalah.
6. Mendorong kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sifat Sahabat yang Perlu Dijauhi
1. Mementingkan diri sendiri.
2. Pengampu.\
3. Pemboros dan suka hiburan.
4. Membuatkan kita semakin jauh daripada Allah.
5. Suka berbantah-bantah.

Saturday 22 March 2014

UNIC Records - Ikramul Kareem (Lyric MV)



 RahmanRahim
A'liyul A'zimul Karim
Ghaffar
Qahhar
Razzaqul Fattahul A'lim
Khabir
Shahid
Hamidr Raqibul Muqit
Ilahi lastulil firdausi ahla
Wa la aqwa 'ala naril jahimi
Fahabli taubatan waghfir dzunubi
Fainnaka ghafirul dzanbil adzhim
Rahman
Rahim
A'liyul A'zimul Karim
Ghaffar
Qahhar
Razzaqul Fattahul A'lim
Kau selalu ada di hatiku
Ku kan selalu menyebut namaMu Allah Allah
Allah, aku tak layak tuk ke syurgaMu
Namun tak upaya menghadapi nerakaMu
Terima taubatku ampunkan dosaku
Kerna sesungguhnya
Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa besar
Dan sujudku rebahkan untuk mengharapkan
Keampunan keredhaan kasih sayang dan rahmat
DariMu Ya Allah
Ilahi lastulil firdausi ahla
Wa la aqwa 'ala naril jahimi
Fahabli taubatan waghfir dzunubi
Fainnaka ghafirul zanbil adzhim
Allah, aku tak layak tuk ke syurgaMu
Namun tak upaya menghadapi nerakaMu
Terima taubatku ampunkan dosaku
Kerna sesungguhnya
Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa besar
Kau pengampun dosa-dosa besar

Sunday 16 March 2014

Kenali Gejala Hati Yang Sakit



                               
Penyakit hati tidak menyerang tiba-tiba.Ia pembunuh senyap yang menyerang perlahan-lahan tetapi secara berterusan.

  • Rasa lemah dan malas
  • Daya fikir menjadi tumpul dan beku
  • Kematian rasa
  • Gelisah dan keluh resah
  • Liar dengan peringatan dan kebenaran
  • Sentiasa bersangka buruk
  • Suka memfitnah 
  • Menaruh hati kepada isteri orang
Maksiat ibarat virus atau bakteria yang menyebabkan hati menjadi sakit.Bagi orang mukmin ,maksiat itu terbahagi kepada 2:
Maksiat batin~makan berlebihan,hidup bermewah,membazir,seks haram
Maksiat lahir~gila pujian,cinta kedudukan,riyak.