Pages

Monday 24 March 2014

Sahabat Dunia Akhirat

  iluvislam, ukhwah, sahabat

Memiliki sahabat sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku. Sama ada kita akan terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya, dia akan terpengaruh dengan kita.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan  tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” (Riwayat Abu Daud)

 Sifat Sahabat yang Mulia

1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik.

2. Menutup keburukan dan kekurangan sahabat, baik semasa sahabat ada ataupun tiada.
3. Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya
4. Menyebut kebaikan.
 5. Mudah mengalah.
6. Mendorong kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sifat Sahabat yang Perlu Dijauhi
1. Mementingkan diri sendiri.
2. Pengampu.\
3. Pemboros dan suka hiburan.
4. Membuatkan kita semakin jauh daripada Allah.
5. Suka berbantah-bantah.

No comments:

Post a Comment